RSS

Friday 6 July 2012

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH



Mesyuarat koperasi peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Jun 2012. Ahli Jawatankuasa Koperasi yang baru telah dilantik dan secara automatiknya AJK 2011 dibubarkan. 

Saturday 2 June 2012

MUSLIMAH MUDA








Add caption
Muslimah Muda disertai oleh pelajar perempuan tingkatan 1,2 dan 4. Hanya sehari sahaja program ini berjalan iaitu pada 26 Mei 2012. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang membantu..

MOTIVASI UKM






Program Motivasi ini disertai oleh pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 pada 20 Mei 2012. Ia dianjurkan oleh pelajar UKM. Program ini bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN





Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri telah diadakan pada 22 hb Mei 2012 di Padang MPS. Seramai 20 orang guru wakil SMK Seri Sendayan. Artis jemputan pada malam itu ialah Jamal Abdillah dan Adira. Majlis diserikan lagi dengan percikan bunga api di akhir majlis. Terima Kasih YAB Dato' Seri Utama Mohamad b Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan..
SAMBUTAN HARI GURU pada 16 Mei 2012, telah disambut meriah oleh semua warga SMK Seri Sendayan. Walaupun dalam minggu peperiksaan, kami, guru-guru SMK Seri Sendayan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama Badan Pengawas, yang berjaya mengendalikan majlis dengan jayanya...





TEMA:
GURU INOVATIF MELONJAKKAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Friday 27 April 2012

Pemantapan Akidah Pelajar Tingkatan 2 dan 4 di Jelebu







Program Pemantapan Akidah anjuran Bimbingna Dan Kaunseling melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan 4 di Jelebu.

Latihan Kawad Kaki KRS

Latihan Kawad Kaki oleh KRS sekolah pada 21 April 2012 (Sabtu). Mereka berjaya meraih tempat ke 4. Tahniah diatas penat lelah mereka selama 3 bulan berlatih. Tahun ni pergerakan yang cantik.




Rombongan Ke Bukit Cerakah, Shah Alam

Rombongan ke Bukit Cerakah, Shah Alam, anjuran Kualiti Alam pada 25 April 2012 (Rabu) telah disertai oleh pelajar Tingkatan 4 Anggerik dan 4 MPV. Dua orang guru terlibat iaitu Pn Nora Yakzan dan Pn Sarizayati mengiringi rombongan. Dua orang dari pihak Kualiti Alam juga turut serta. Mereka semua pergi tanpa membayar apa-apa pun kerana semua ditaja oleh Kualiti Alam termasuk pengangkutan.






KARNIVAL MATEMATIK 23 APRIL HINGGA 27 APRIL 2012






Karnival matematik yang dianjurkan oleh Panitia Matematik telah diadakan pada 23 April sehingga 27 April 2012. Banyak aktiviti yang telah diadakan antaranya Cubic Games, Origami, Puzzle, Secret Map, Puzzle, Crossword Search, Sudoku dan lain-lain. Penyertaan daripada pelajar-pelajar SMKSS amat memberangsangkan. Karnival ini telah dirasmikan oleh GPK 1 iaitu En Noh b Ahmad.

Sunday 26 February 2012

Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kem Pemantapan Akidah





Penyampaian sijil kepada para peserta Kem Pemantapan Akidah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Jamaludin b Ahmad. Diharap para peserta memperoleh serba sedikit ilmu akidah yang telah diberi semasa kem tersebut diadakan.