RSS

Thursday 28 February 2013

Pelancaran Program NILAM

Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2013 (Isnin).
Perasmian NILAM telah disempurnakan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Encik Zahari b. Long.



Diharapkan tujuan murni pelancaran ini bagi menyuburkan tabiat membaca
di kalangan pelajar dapat disemai dalam diri mereka:)


Pertandingan Badan Beruniform (perempuan)

Pada 23 Februari 2013 Pertandingan Ujian Kemahiran Unit Badan Beruniform
Daerah Seremban 1 dan 2 telah diadakan di SMK Seri Sendayan.
Sebagai pengelola, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
 


 


 
 
 
 
 
 
 



 

 


 




Thursday 21 February 2013

Demonstrasi Bantu Mula

Pada 20 Februari unit kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Seri Sendayan
telah mengadakan satu demonstrasi bantu mula bagi tujuan mendedahkan para pelajar asas balutan.
Ianya telah dikendalikan oleh Ketua Guru Penasihat, Pn Quilatul bersama guru-guru penasihat unit kokurikulum SMK Seri Sendayan.










Saturday 9 February 2013

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Malaysia khasnya yang berbangsa Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Yang jelasnya perayaan yang sememangnya menjadi sambutan kepada seluruh Rakyat Malaysia tetap meriah walaupun disambut dalam kesederhanaan. 

Monday 4 February 2013

Watikah Perlantikan Pengawas PSS

Pada 4 Februari 2013 (Isnin) majlis watikah perlantikan bagi pengawas PSS telah diadakan.
Watikah perlantikan ini telah disempurnakan oleh GPK Hal Ehwal Murid, En Zahari b.Long.

Ucapan GPK HEM, En Zahari b. Long



Bacaan ikrar oleh Saudari Sivagami


Saturday 2 February 2013

Bengkel Drama B.Inggeris

Pada 2 Februari (Sabtu) jam 8 pagi satu bengkel Drama B.Inggeris telah diadakan di Makmal Komputer SMKSS. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Penceramah jemputan iaitu En Ganesh dan Pn Shhunmugam telah dijemput untuk mengendalikan bengkel ini.