RSS

Monday 10 June 2013

Selamat Datang Pengetua Baru

Selamat datang, warga SMK Seri Sendayan ucapkan kepada Pengetua baru iaitu
Tuan Haji Norfaimi b. Mohamad Nor. Kami seluruh warga SMKSS mengalu-alukan kedatangan
Tn Haji Norfaimi yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMKSS hari ini.

"Patah tumbuh Hilang berganti", begitulah SMKSS yang baru sahaja ditinggalkan Tn Jamaluddin b. Ahmad
yang pindah bertugas di SMK Seremban 3.
Dalam ucapan pertama perhimpunan rasmi, Tn Haji Norfaimi pada pagi ini memberi perangsang
dan kata semangat kepada seluruh warga SMKSS terutamanya pelajar agar lebih cemerlang
dunia akhirat pada masa akan datang.
Semoga kedatangan pengetua baru Tn Haji Norfaimi ini akan meneruskan kesinambungan visi dan
misi SMKSS menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang lagi.

No comments:

Post a Comment